Monday, January 15, 2018

Unplanned Adhoc Short Trip Penutup 2017 dan Pembuka 2018

Alhamdulillah rezeki anak-anak merasa jejak kaki ke Cameron. Ummi abi pun kali terakhir jejak Cameron was 7 years ago. Lama jugak rupanya tak naik Cameron.

Trip ni memang takde dalam plan. Nak dijadikan cerita, biras booked rumah peranginan persekutuan. Nak bawa ma dan ayoh asalnya. Hari nak bertolak, sabtu, kereta persona leaking. Tukar plan naik viva panjat Cameron. Tak dapatlah nak bawa ma dan ayoh.

Hari Ahad, we have wedding invitation di Ampang and plan balik Gombak after wedding. Tiba-tiba zawji kata nak bawak ma dan ayoh pergi Cameron since ada 1 lagi bilik yang biras dah book. Setelah dipujuk, ma taknak pergi juga atas sebab-sebab tertentu. So, kami jelah proceed naik Cameron satu family.

Bertolak lepas Asar, Isyak baru sampai atas. Janji jumpa biras dekat Restoran Taman Abang Grill & Steamboat. Akak memang tengah lapar pun, perut berkeroncong dah. huhu. Dengan mabuknya sebab naik ikut Tapah. Bergelora je angin dalam badan ni. Hujan gerimis sejuk ya amatttt...Layan steamboat sup tomyan panas berasap memang nikmatttt.. Alhamdulillah.

  



My biras and abang ipar. Thank you Kakna.... 😘😘

 Takde pulak gambar makanan. Pinggan licin je ada. Itu tanda mak kelibut dan kelaparan. Tak cara dah nak ambil gambar sangat. Nak isi perut je tau.

Anak-anak dan anak buah.
4 jumpa 4..Memang power lah mak ayah nak ligan. hahaa.


Lepas makan, balik RPP terus. Letih sangat dah rasa. Tengah rehat-rehat dengar bunyi fireworks. Baru sedar, eh, dah masuk tahun baru ye. hahahaha. Ok lah jugak sambut new year makan steamboat. 

Esoknya, bangun pagi..malasnya nak bangun sejuk-sejuk ni woiii..
Tapi nak terus check-out dah. 
Sementara ummi kemas barang, anak-anak golek-golek puas-puas dulu ye..





Faqeeh ni teruja betul bila cakap nak petik strawberry. Malas nak jalan jauh, kami pergi strawberry farm sebelah RPP ni je. 


Dah macam anak jepun dah Fathiy ni.


Their strawberry picking moment



Fathan pun pandai pilih yang merah-merah je. Good job!


Sekotak ni RM35. Mahal weh. Tapi for the sake nak bagi experience petik strawberry kat anak-anak, redah je lah. Tapi berbaloi juga, sebab yang ni manis-manis. 


Si pencinta buah. 

  
Fathan tu, dia refuse nak pakai sweater. Kulit tebal agaknya si halus ni. Boleh je dia bertahan dalam sejuk. Ummi pun tak tahan ketar.




Dari strawberry farm, pergi Kea Market. Beli stok sayuran. Gila borong. huhu.
Lepas tu baru breakfast kat Nolida.

Last pit stop sebelum turun, Cameron Lavender Garden.
Memang tak pergi banyak tempat sebab unplanned dan short trip je kan. Short sesangat. Dapat tidur satu malam pun dah syukur sangat dah tu.























Dah penat pusing cuci mata tengok bunga, kita turun lah pulang ke pangkal jalan.

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015