Tuesday, May 22, 2018

A Visit to ENT Clinic


Abang Faheem ni, selalu mengadu sakit telinga. Bila suluh nampak macam blocked.
Bawa lah dia pergi klinik biasa dulu. Doktor kata memang blocked dan keras. Tak boleh cuci masa tu sebab takut sakit. So, dia bagi soluwax untuk lembutkan wax dalam telinga tu. Arahan doctor, titis 5 titisan satu kali sehari, sebelum tidur for 2 days. Then datang balik untuk cuci.

After 2 days, bawaklah abang ni pergi klinik. Tapi klinik lain. Aku explain lah dah drop soluwax bla bla bla.. Nurse tu kata 2 days tak cukup lembut, usually doc akan suruh drop soluwax for at least 5 days, baru lembut. Tapi, masuk jugalah jumpa doctor. Doktor arab lelaki, quite harsh sikit cara dia. Dia suluh, then cuba cuci pakai air. Tapi nothing came out. Then dia pakai crocodile action ear forceps. Menjerit sakit jugaklah abang ni. "Ahh..sakit.." huhu..



Still tak dapat. Doktor kata kalau pakai forcep ni, wax tu jadi crushed, susah sikit. Since keras lagi, dia suruh continue soluwax for 5 days, 5 drops every 6 hours. Baru datang balik untuk cuci.
After a week, bila cakap dekat Faheem nak cuci telinga, dia kata taknak pergi klinik yang hari tu. Sakit. Trauma agaknya. Aku carilah klinik ENT berdekatan rumah.
Alhamdulillah found one near Tesco Ampang.
Klinik Pakar ENT C.C. Ong

Mula-mula doctor tu masukkan macam kamera kot dalam telinga, view dekat monitor. Memang Nampak selambak earwax dalam tu, memang block habis. huhuhu.. Tak sempat pulak ambil gambar.
Then terus dia suruh baring untuk cuci.

Feeling nervous agaknya


Doktor sedut earwax


Alhamdulillah tak sakit. Bising sikit je.
Seketul besar keluar. Doktor siap suruh ambil gambar. haha. Ada je aku snap. Tapi takyah share sini lah. huhu.


Lepas cuci, ada lagi sikit-sikit. Doktor kata tak boleh nak sedut habis sebab dekat dengan gegendang. Yang putih-putih tu, infection. Dia bagi eardrop untuk infection tu.



Doktor ni sangat baik dan friendly. Sopan je cakap.
Sesiapa yang nak cuci telinga, or ada masalah berkaitan ENT recommended lah datang sini.
Thank you Dr. Ong.

Nah aku sertakan namecard Dr. Ong untuk rujukan sesiapa yang mencari khidmat pakar ENT.
Landmark klinik dia, Tesco Ampang. Sederet dengan Kedai Asam Pedas Linda Onn tu.



Wednesday, May 16, 2018

Random Tentang Makan


Gila Sushi

Couple of weeks back, Empire Sushi baru buka outlet dekat Sogo. Gila tak gilanya aku, 3 days in a row aku lunch sushi. hohoiiii.. Belum campur lagi beberapa kali setelah itu aku repeat lagi makan sushi. Hahahaha.




Site Visit

Awal bulan baru ni, aku ada mesyuarat dan lawatan tapak di Perlis. On the way balik, singgah Alor Setar jumpa ex-staff aku. Dia belanja makan char koeyteow. Iman Koeyteow Kerang nama kedai ni. Katanya ni CKT famous dekat Alor Setar. Memang sedap baq hanggg. Macam nak makan 3 pinggan je rasa. huhu.. Thank you waty belanja kami makan. Moga dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah selalu.


 

Hari Ibu

On that day, aku sebenarnya tengah bersiap nak masak untuk dinner. Tiba-tiba zawji kata makan dekat luar jelah. Aku on saja. hahaha. So zawji bawak pergi makan di Pizza Plus, Bandar Sri Permaisuri. Ingatkan makan biasa-biasa. Rupanya nak celebrate hari ibu. Awww, suweet lah.




Sambut Ramadhan

Asalnya zawji kata ada mesyuarat pengurusan Pasti. Tapi tak jadi. Tukar kepada makan-makan sambut Ramadhan di Coffee Bean. Kemahen, sambut Ramadhan di kedai kopi. My dinner was tuna sandwich? Diet ke ape? Bangun pagi berbunyi perut kelaparan. Mana cukup makan sandwich je. huhu..











Tuesday, May 15, 2018

Once in Every 5 Years


This is my 3rd time voting.
Masih mengundi di mukim dan lokaliti yang sama seperti 2 PRU yang lalu.
Mujur lah rumah mak dan rumah sendiri dekat je kan.


Keluar mengundi bertiga. Elladin's daughter.
Nak arrange timing keluar mengundi pun kalut. hahaha. Sebab askar ramai menanti kat rumah.
Nak biar kangah tolak mama, dia tu makyong. Takkan nak tolak wheelchair.
Nak suruh adik, dia first time voter. Kang kalut cuak tak tahu arah. hahaha.
So, aku decide biar aku bawak mama dulu. Selesai mama, hantar mama balik. Then baru lah kami bertiga pergi mengundi. Alhamdulillah saluran mama tak payah queue lansung. 

The three of us pun taklah tunggu lama sangat pun. Lebih kurang setengah jam je. Alhamdulillah.



Alhamdulillah, masih istiqamah.
Though orang kata takde pilihan, terpaksa etc...I have mine.

Like every previous GEs, (bukan setakat those yang aku dah layak mengundi..even years before), aku adalah orang setia disisi ayah menanti keputusan penuh. Zaman dulu, ayah bentang surat khabar duduk depan TV, dia akan catat setiap keputusan yang keluar, aku tolong bacakan keputusan yang terpapar kat tv. Sebelum keluar keputuan penuh, dia sibuk mengira bilangan kerusi dimenangi setiap parti. Gigih betul.

Semangat dia tak pernah luntur. 😅

Tahniah & takziah atas keputusan PRU14.
Semoga yang menang menunaikan tanggungjawab dengan amanah dan berintegriti.
Yang kalah, masa untuk muhasabah diri.
Yang masih belum mencapai kemenangan, berusaha dengan lebih gigih lagi. InsyaAllah, istiqamah hingga kemenangan.




Friday, April 6, 2018

Fathan - Follow Up Appointment with Dietitian


Last 3 months kan Fathan ada first appointment dengan dietitian disebabkan kekurangan berat. Dietitian advise ummi untuk bagi diet berkalori tinggi untuk Fathan dan anggarkan kenaikan berat sebanyak 200g sebulan. Dietitian beri ummi tempoh 3 bulan dan hopefully dalam masa 3 bulan tersebut berat Fathan naik sekurang-kurangnya 600g. Kalau dapat capai 1kg, lebih baik.

Sepanjang 3 bulan, ummi tidaklah terlalu strict sangat dengan diet Fathan. Ada makanan yang dia suka, Alhamdulillah dia makan banyak. Selera makan pun, Alhamdulillah ok. Tapi within 3 bulan tu juga, ada beberapa kali Fathan demam, termasuklah kena jangkitan Influenza A H1N1 tu. Sedih ummi masa tu sebab memikirkan nak tambah berat Fathan. Risau kalau berat tak naik-naik.
 

Kenaikan berat Fathan selepas 3 bulan adalah 2kg. Alhamdulillah. Dietitian pun puas hati dengan perkembangan Fathan dan tiada temujanji susulan. Dari segi, berat dan BMI, dietitian kata dia dah tak risau, both normal.


Cuma, dari segi ketinggian, Fathan agak rendah dari yang sepatutnya (graf di bawah paras kuning) Dietitian syorkan agar ummi terus bekalkan Fathan dengan sumber makanan yang kaya protein untuk membantu tumbesaran Fathan. Ummi juga perlu monitor kenaikan berat Fathan, make sure naik 250g setiap bulan.


Dietitian kata, recently, kadar kanak-kanak bantut sedikit meningkat. Kalau tak silap, dalam 5 orang kanak-kanak, 1 orang disahkan mengalami kebantutan. Dia sedikit gusar sebab kalau kanak-kanak bantut, ia bukan sekadar bantut dari segi ketinggian, malahan juga bantut dari segi perkembangan organ penting dalaman. 

InsyaAllah. we will try our best. Semoga manja masham ummi yang soleh pintar ni sentiasa diberi kesihatan yang baik & berpanjangan. Allahumma ameen.

Adik pun dah lebih kurang besar awak je Fathan..huhu..



Antara makanan yang boleh membantu meningkatkan ketinggian anak adalah (sumber):
1) Susu segar
2) Buah-buahan dan sayuran
3) Oat
4) Telur
5) Kacang soya
6) Ikan salmon dan tuna - very rich in protein

Kalau tengok, mostly are proteins.
Dietitian kata cuba pelbagai kan. Simple dan mudah disediakan, anak pun suka makan.
Roti sapu peanut butter, roti telur, scramble egg, pasta salmon.

InsyaAllah. Semoga Allah mempermudah urusan kami.


Wednesday, April 4, 2018

Sanah Helwah Abi (Zawji)


Malam birthday zawji was a bit tense. huhu.
Lepas makan malam, zawji keluar. Waktu musim hangat nak 'raya' ni, memang sibuk dan rancak.
While he was out, aku dan anak-anak had this birthday wish up.
"Happy" tu tinggalan dari wish anniversary hari tu. Memang saja biarkan disitu. hihi.
Yang selebihnya, ummi tulis tangan je dan salotape kat cermin.
Suruh anak-anak duduk berbaris atas meja tu, snap this pic.


Tepat 12.00 malam, I sent this pic to zawji yang sedang busy bee. huhu..
The next morning aku buat seperti biasa. Aku agak serabut minggu tu. Sangat serabut sebenarnya.
Hari tu jugak aku ada mesyuarat di Putrajaya. Supposedly pagi, suddenly tunda ke petang.
Meeting start 3.00 petang di Putrajaya, jam berapa nak sampai rumah???
Habis rosaklah program aku..

But, fortunately, Alhamdulillah sangat, meeting habis awal. Dari Putrajaya terus shoot balik rumah. Pukul 5.30 dah sampai rumah. Terus aku letak benda ni atas meja.


Sebab taknak ada di rumah masa zawji balik, aku terus gi rumah pengasuh, nak ambil anak-anak. Hujan pulak. Stranded lah kat rumah pengasuh sampai zawji balik.
Masuk rumah, zawji tanya ape tu? Aku buat tak dengar. haha.. Bukak lah sendiri kan.

Aku sebenarnya plan for cake delivery. Ikutkan suruh hantar 7.00 pm onwards. Jalan jem pulak katanya. 8.30 pm baru sampai. Takpelah, 7.00pm onwards jugak kan tu. hahaha..
Masa orang hantar cake tu dating, zawji dekat atas. The kids yang excited lebih. Jerit-jerit panggil abi suruh turun makan kek. 


Cake ordered from Cake Together.
Cooky Cream nama kek ni.
Sedap weh. Ada rasa rangup-rangup macam makan fererro rocher.
Sumptuous. Delicious.
Silalah try. Taip je Cake Together. Rambang mata aku nak pilih kek-kek dia.


Happy Birthday Abi
We love you endlessly!

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015